Sabtu, 10 Jun 2017

Maaf Ber-Juta Kali

Terpulang kepada anda mahu kata apa, aku nak defend atau aku nak bersihkan nama. Satu yang pasti aku nak bagi benda ni clear.

Semuanya bermula dengan kami roasted each other YouTube channel. Aku kata buruk (dengan niat untuk bermain-main) pada channel hang, dan hang buat sama pada aku. Bagi aku, aku bersikap terbuka, tiada sekelumit pun aku ambil hati dengan apa yang hang kata. Aku pun tak tahu yang hang akan rasa sama macam aku rasa. Maka, aku teruskan jelah.

Satu hint awal bila kawan sorang ada tanya di Twitter


Pada masa ni, aku masih abaikan dan tak ambil endah sebab aku tahu apa yang aku buat dan niat aku hanya bergurau. Jadi, kami teruskan hari-hari kami macam biasa.

Tiba-tiba, hari ini aku buat macam seperti hari-hari lain juga. Berbalas kata-kata 'dengki' pasal channel kami masing-masing cuma kali ini luar biasa sebab kali ini ada respon yang sangat hebat dan luar biasa dari pihak luar




Maka bila ditanya secara private, ternyata beliau mengakui aku sudah melampaui batas dan agak biadap. Pada mulanya beliau tiada meletakkan rasa sakit hati sehinggalah hari ini. Tambah pula, kawannya tegur akan hal ini. Terpana sekejap. Mungkin aku sudah tertekan butang  'you-cross-that-line-dude' secara tidak sengaja tanpa sedar.

Aku sudah ber-juta kali mohon maaf dari beliau dan kami bermaafan sesama kami. Antara kami semuanya selesai. Itu yang penting. Bagaimana pula dengan pandangan orang sekeliling? Bagi mereka yang mahu tahu pasal hal ini, aku terbuka untuk kalian tanya secara private and personal dengan aku. 

Apa yang aku belajar dari sini?

1- Meskipun kita sudah kenal lama mahupun baru sesaat, setiap orang ada meletakkan berapa jauh kawan-kawannya boleh dekat dan bergurau. Hormati dan jaga garisan tersebut

2- Bagi kita memang lawak dan menghiburkan, tapi siapa tahu bagi pihak kedua? Semua orang ada breaking point yang mana kita tak tahu bila dan sampai mana. Respect fikrah orang meskipun tidak ditulis dan dinyatakan di bio Instagram dan Twitter nya.

3- Aku baru paham apa rasanya bila mereka yang selama ini bermain dengan emosi dan psikologi terhadap aku, yang mana selalu cucuk aku. Seronok itu pasti, tapi kenapa kalian tiada rasa bersalah seperti mana aku rasa hari ini bila kalian selalu cucuk secara psikologi.

Buat sekelian kalinya

Maaf Ber-Juta Kali

Khamis, 18 Mei 2017

Imam Malaysia Lain Sikit

Minggu ini aku agak sibuk dengan kerja-kerja lab yang aku kena buat kalau nak grad. Sampling sudahlah berbau busuk, hancing, hamis pula tu. Sesibuk mana sekali pun anda, jangan terlalu sibuk untuk Tuhan. #DoneDakwah. 

Makanya pada masa rehat dalam sekitar pukul 2 petang begitu, aku sempat turun solat dalam bangunan fakulti. Nampak ada seorang pelajar antarabangsa, Arab mungkin, sedang ambil wuduk pada masa aku sampai depan pintu surau.

Bila mana aku sampai pada bahagian kaki kanan, mamat tadi masih belum solat

" You want to solat too? "

Aku angguk ja

Kita orang Malaysia mesti nak kena tunjuk dominansi. Dengan selamba ja, aku parking kat sejadah imam.

Belum sempat angkat takbirahtul ihram

" No no no, we should be in a line, Now, you qamat "

" Ehh kau, mengarah pula ye? ", monolog dalaman ja, nak cover malu

" So, you want to be Imam? " 

" If you want to be Imam, I'm fine "

Apa lagi, ini lah masanya nak berlatih jadi imam untuk bakal isteri nanti, mana boleh lepas

Usai solat, aku salam dan dia terus tanya aku

" Why you came late and be Imam, man? "

Senyum sinis

" Because in Malaysia Imam always come late "

Steady

Mana entah Imam tadi?

Ahad, 24 Julai 2016

KISAH MAD DAN POKOK-POKOKNYA

Shooting outdoor tanpa DSLR buat orang terfikir aku SKYPE berbanding orang yang shooting menggunakan DSLR yang nampak cool walaupun shooting bersendirian. Tak sempat nak melawak banyak dalam video sebab bateri laptop aku pun tak melawak bila dia nak habis power.




Apa yang aku cuba sampaikan mungkin akan jadi berbeza pendapat dan pandangan dari pelbagai persepsi individu yang menonton video ini. Aku sudah cuba sehabis baik yang mungkin untuk meletakkan diri aku sebagai penyampai yang tiada bias kepada mana-mana pihak.

Apa yang aku cuba sampaikan bukan untuk mengecam mana-mana pihak. Cuma apa yang dilakukan akan memberi kesan yang sama sekiranya kawan kita, majikan kita atau mungkin orang yang berada sekeliling kita lakukan perkara yang sama.

Be Nice, Be Good

Isnin, 11 Julai 2016

Pandang Tapi Tak Lihat, Tengok Tapi Tak Perhati

Manusia itu sering pandang dari dirinya sahaja
Ya, aku tahu dirinya, kau, kamu dan kita semua bermasalah
Masing-masing dengan masalah masing-masing
Masalah kau - kau selesaikan sendiri, masalah aku - aku selesaikan sendiri

Aku tahu kalau kau ada masalah tapi aku tak tahu sebesar mana masalah kau
Seberat mana masalah kau?
Alih- alih bila kau bermasalah, kau ditempat orang yang nun jauh sekali pun, kau ada ramai kawan
Kawan yang kau boleh gelak tawa, kongsi cerita, dengar suka duka dan tolong semuanya

Meskipun aku di tempat kita sendiri, tapi aku berada di tempat baru
Dimana aku ramai kenalan tapi tiada satupun kawan
Dimana masalah aku, aku sendiri cuba selesaikan
Tiada rakan tiada kawan

Keliling kau penuh dan riuh
Gelak tawa bagi kau mudah pecah, mudah bising
Seronok gembira lagi ditempat orang
Keluar berjalan merata dunia jika kau mahu

Tempat baru, mana kau mahu mulakan semuanya sendiri
Sunyi dan sepi aku sendiri tanpa sesiapa
Senyap seharian tanpa kata melainkan kewajipan aku yang 5 waktu untuk Illahi
Makan angin aku pun sendiri tanpa teman

Kau tidak perlu tunjukkan apa-apa
Malah aku sendiri yang akan pergi cari lihat apa kau buat hari-hari
Kau mana peduli hal aku, setahu aku
Sebab kau bahagia berteman mesikpun jauh dari mata keluarga

Aku perlu tunjuk malah mengharap gila kau lihat semuanya tapi hambar
Semua pertunjukan aku bukan sekadar hiasan di mata rakan-rakan dan kenalan aku
Tapi untuk kau lihat, tengok, pandang malah kalau boleh perhatilah apa perkembangan aku sekarang
Tak peduli serta senyap tanpa balasan yang aku tak tahu samada kau ambil tahu atau tidak tentang aku

Masih kau belum sedar semua yang aku persembahkan untuk tunjuk betapa bosan dan sunyinya aku?
Meskipun aku dapat tomahan dari persembahan aku, kau bukannya ada untuk aku ceritakan
Aku paham akan darjat masyarakat tentang pengajian kau yang mereka sanjung
Bukan macam aku yang mengarut kononnya sedapkan hati untuk bahagiakan kau dikemudian hari

Ya aku akui, aku sudah mula tidak kisah selebar mana kau mahu besarkan badan kau
Tapi satu yang aku buat untuk kau, aku kuruskan diri
Supaya aku berada cantik dimata kau dengan sedap dipandang
Tambah bagi kau berbangga akan ada aku yang berbadan tampan yang berdamping dengan kau

Aku jaga diri aku untuk tidak kacau kau disana
Sementara kau pulang ke tanah air
Mohon jangan amalkan perangai yang buat aku sakit, perit
Pandang tapi tak lihat, tengok tapi tak perhati



Rabu, 29 Jun 2016

Soalan Persediaan Raya 2016

Sudah kurang seminggu sahaja lagi tinggal untuk Ramadhan tahun ini. Entah apa yang aku dapat Ramadhan tahun ini. Harap yang baik semua dapat ambil dan yang negatif dapat dibakar hilang. Lagipun, Ramadhan bukankah bulan tarbiah gitu?

Dalam kurang seminggu ini juga akan kita sambut Hari Raya Aidilfitri. Persoalannya sudahkah wahai anak muda membuat persedian rapi untuk Sayawal yang menjelang? Oh tidak, bukan baju raya, kuih raya, langsir raya mahupun awek raya. Oh wait, what?

Meh ulang kaji bersama-sama. Sebagai anak muda yang biasanya bujang, bila pergi beraya, makcik-makcik akan tanya semua soalan yang sama saja walaupun setiap tahun kita bagi jawapan yang sama.


Selasa, 21 Jun 2016

Kenapa Buat Ni?

Sejak dari sekolah menengah lagi aku simpan cita-cita sampingan aku yang ini. Bukan aku kejar sangat populariti. Tapi memang aku suka sangat buat video-video yang berunsurkan komedi. Walaupun terkadang nampak macam 'try-hard', sekurang-kurang aku mencuba.

Tiba-tiba, fenomena Vine mula menular. Ramai artis dan selebriti masa kini sudah mula meningkat naik dari Vine. Aku akui mereka ribuan malah jutaan lebih padat isi dan lawak komedi mereka dalam sketsa mereka. 

Aku dulu mula untuk cebur dalam bidang macam video ini semua dari YouTube tapi ada banyak yang aku lemah dengan Youtube ialah paling besar sekali komitmen. YouTube biasanya video dalam 3 - 5 minit. Makanya, untuk merakam sahaja mengambil masa lebih 1 jam bagi amatur macam aku. Itu belum kira editing yang makan masa tambah lagi 2 - 4 jam. Keduanya, aku kurang peralatan yang teknikal seperti kamera HD, software edit video seperti YouTuber yang lain. Apa yang aku ada sangatlah ringkas sehinggakan budak 7 tahun kalau guna barang apa yang aku guna ini, mereka lagi cepat untuk naik jadi YouTuber terkenal.

Maka, aku pun mula berjinak dengan sketsa - sketsa pendek. Ramai sangat yang tanya soalan berikut malah ianya berulang kali ditanya:

1- Kenapa tak publickan video kau?
2- Kenapa background asyik sama ja?
3- Takda muka lain ka?
4- Kenapa tak upload kat Instagram sekali?

Dengan semua soalan itu, aku tak berniat nak jawab di sini, dalam blog ni. Mungkin akan ada video untuk aku jawab semua soalan dan komen sketsa aku tu.

Nah ini ada teka-teki. Mohon cuba jawab sebelum tahu jawapannya


Sabtu, 4 Jun 2016

Sudah Di Jangka

Aku sudah jangka akan ada perkara yang sedemikian. Seperti dalam post 'Clever Girl' ada pun perempuan itu sememangnya cantik meskipun mereka perlukan juga lelaki kerana lelaki itu lebih cerdik. Sudah aku ingatkan kami tidak pelukan rancangan realiti untuk membuktikan kami bijak atau tidak.